Serendah – 15 Mac 2014, Asrama Kasih YBK telah menyambut kedatangan seramai 60 orang kakitangan Bank Standard Charted dari pelbagai cawangan bagi menjayakan program amal tahunan iaitu bersama dengan anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan. Kumpulan kakitangan ini tiba di asrama pada jam 9.30 pagi dan disambut oleh pemangku pengetua serta kakitangan asrama.

 

Kumpulan ini diketuai oleh Mr. Ravi manager dari HQ Bank Standard Charted. Setiausaha program Mr. Beng memberikan taklimat aktiviti kepada kakitangan bank sebelum mereka memulakan acara. Kumpulan kakitangan bank SC dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu 1 kumpulan mengendalikan program di dalam dewan seperti ceramah dan icebreaking manakala kumpulan yang ke 2 menjalankan aktiviti gotong royong disekitar asrama. Kedua-dua aktiviti ini berjalan dengan serentak.
Kumpulan Bank ini membawa sumbangan 10 buah pokok bunga untuk ditanam di dalam pasu asrama. Sementara yang lain-lainnya berpecah mengikut kawasan yang ingin dibersihkan seperti bangunan surau, kawasan padang dan kawasan pentadbiran. Walaupun cuaca panas dan masalah tiada bekalan air aktiviti ini tetap diteruskan.
Selain sumbangan pokok-pokok dan tenaga kerja kumpulan BSC juga menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kering, alat-alat tulis dan pakaian terpakai. Majlis ini selesai selepas dihidangkan makan tengahari pada jam 2 petang.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;