ASKA GESIR, 19/3/2014 - Setiap pertemuan pasti akan perpisahan, dan setiap perpisahan itu akan terpahat setulus kenangan. Majlis perpisahan bagi meraikan saudari Elly Atmawati Mohd Latif yang merupakan warden Asrama Kasih YBK Gesir yang akan melengkapkan perkhidmatannya pada 20/3/2014. Elly merupakan warden terakhir yang dibawa masuk dari Medan, Indonesia. Memiliki pengkhususan dalam bidang Pendidikan Islam, mula bertugas di ASKA Gesir sejak 4 tahun dahulu.

Majlis dimulakan dengan ucapan perpisahan dan selamat daripada anak-anak ASKA Gesir. Seterusnya CEO YBK, En. Zulhairy telah memberikan ucapan mewakili YBhg Dato' Pengerusi. Majlis dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada anak-anak ASKA Gesir.

Seluruh warga kerja YBK mengucapkan selamat maju jaya buat saudari Elly, dan terima kasih setulus ingatan atas kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak ASKA Gesir.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;