Serendah, 23 Mac 2014 - Asrama Kasih YBK dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur telah mengadakan bengkel kerjaya selama 3 hari 2 malam bermula 23 mac dan berakhir 25 Mac 2014. Peserta yang terlibat dengan bengkel ini adalah pelajar tingkatan 3 hingga tingkatan 5 serta lepasan SPM. Bengkel ini telah dijayakan bersama dengan 24 orang pelajar mahasiswa UNIKL dari pelabagai aliran yang diketuai oleh Pn. Adibah Zainualdin pensyarah Fakulti Sains Kemasyarakatan dan dibantu oleh En. Zulkernian Ahmad Head of Section Quality Assurance.

Majlis telah dirasmikan oleh Yg. Bhg. Tn. Hj. Bing Selamat ALPA YBK. Antara pengisian utama program Bengkel Kerjaya ini telah memuatkan 5 taklimat kerjaya di antaranya yang pertama sampaikan oleh Encik Raja Ahmad yang sangat berpengalaman di dalam bidang pembuatan animasi. Beliau menerangkan kerjaya sebagai Sounds Engineering, animation dan Graphic Designer. Taklimat kerjaya kedua pula disampaikan oleh Cik Lily iaitu seorang senior lecturer akaun UNIKL yang sangat banyak pengalaman di dalam bidang perakaunan serta memiliki ACCA. Beliau banyak membantu pelajar menerangkan bagaimana langkah yang bijak bagi menjadi seorang akauntan yang bertaraf professional.

Taklimat kerjaya ke tiga disampaikan oleh Pn. Rozana Hazizy, beliau adalah Senior Manager Fabrication, Project and Engineering Division Petronas. Taklimat beliau lebih fokus kepada bidang kejuruteraan dan mengapa pelajar perlu menguasai aliran sains iaitu Biologi, Fizik dan Kimia kerana matapelajaran tersebut sangat berkait rapat dengan jurusan kejuruteraan. Taklimat kerjaya yang ke empat pula disampaikan oleh Pn. Mashitah Taufiq, beliau adalah Head, Asia Distribution QA dari syarikat antarabangsa ALCON. Beliau banyak menerangkan mengenai Quality Engineering yang sangat diperlukan di kebanyakan syarikat antarabangsa tetapi kurang di monopoli oleh orang-orang melayu.

Taklimat kerjaya yang terakhir disampaikan oleh En. Akbar Hj. Sahari beliau adalah seorang wartawan, pembaca berita dan pengulas sukan Astro Arena yang sangat dikenali. Beliau banyak menyentuh mengenai public speaking di mana ianya amat penting kepada mereka yang minat mengambil jurusan kewartawanan atau komunikasi massa. Beliau juga banyak berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkhidmat dengan media massa elektronik dan memberi suntikan motivasi kepada anak-anak asrama supaya belajar bersungguh sungguh untuk mengelilingi dunia. Selain daripada taklimat kerjaya beberapa slot yang bermanfaat juga diberikan seperti program mentor mentee yang dikendalikan oleh mahasiswa UNIKL sendiri. Selain itu terdapat slot Bengkel English is Fun and Time Management yang dikendalikan oleh Pensyarah bahasa Inggeris UM. 


Program Bengkel kerjaya 3 hari 2 malam ini sangat memberi kesan yang positif kepada pelajar asrama dimana pelajar banyak di dedahkan dengan kerjaya yang hebat dan membuka mata mereka bahawa orang melayu juga boleh berjaya setanding dengan bangsa yang lain.

 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;