- Hit: 2387
TELUK SENANGIN, 29 Mac 2014 - Sukarelawan YBK telah melaksanakan program gotong-royong di Kampung Labohan Bilis, Teluk Senangin, Perak. Seramai 20 orang sukarelawan telah mengambil bahagian dalam program ini yang diadakan pada sebelah pagi. Fokus gotong-royong adalah untuk menggantikan bumbung rumah seorang penduduk kampung yang berada dalam keadaan daif.
Kampung Labohan Bilis merupakan satu perkampungan nelayan dan kebanyakan penduduk di sini merupakan nelayan sepenuh masa tetapi mempunyai pendapatan tidak seberapa. YBK telah bersetuju untuk membaiki bumbung rumah saudara Abu Bakar Arob, seorang nelayan dengan pendapatan purata RM700 sebulan dan mempunyai tanggungan seramai 5 orang. Kerja dimulakan pada jam 9 pagi di mana bumbung asal telah dibuka dan kemudian digantikan dengan bumbung baru. Di samping itu, satu pertandingan mewarna turut diadakan untuk anak-anak penduduk kampung tersebut.
Gotong-royong selesai pada jam 1 petang dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari bersama penduduk kampung.