- Hit: 2037
Serendah , 30/3/2014 โ Pada 26 mac 1990 YBK secara rasminya telah ditubuhkan. Setelah 24 tahun berjuang didalam program pembasmian kemiskinan, kini YBK mampu untuk menarik nafas kelegaan. Ini kerana YBK masih lagi berjaya berdiri dengan teguh berbanding YBK negeri-negeri lain yang sama ditubuhkan.
Majlis kesyukuran ini dimulai dengan solat maghrib berjemaah yang diimankan oleh Ustaz Hj Ahmad Alwi daripada Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA). Seterusnya doa selamat serta tazkirah yang sampaikan oleh Ustaz Ustaz Hj Ahmad Alwi berkisar kepada sayangi Rasulullah, ingatinya dengan selawat. Tazkirah ini diselangi dengan nyanyian puji-pujian ke atas Rasulullah diiringi kumpulan daripada Maahad Habibullah Al-Hafiz, Puncak Alam. ย
Seterusnya ucapan daripada Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Sakom. Ucapan ringkas tetapi bermakna dalam mengingati ย penat lelah perjalanan YBK. Perjuangan, dugaan dan rintangan Pengasas, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Pengurusan serta individu yang memberi sokongan amat sukar untuk diceritakan.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepadaย 9 Pusat Dalam Komuniti (PDK), Daerah Hulu Selangor dan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang dalam PMR 2013. Terima kasih kepada semua yang akhir meluangkan masa meraikan ulangtahun YBK ke-24 ini.
ย