PUCHONG, 2/4/2014 - Sukarelawan YBK melawat Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas yang terletak di Batu 18, Kampung Pulau Meranti, Puchong. Rumah kebajikan ini adalah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan diselia secara terus oleh Puan Muji bt. Hj Sulaiman dengan dibantu oleh 13 orang pekerja. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sendiri kehidupan para penghuni di samping mengenalpasti bentuk bantuan dan aktiviti yang sesuai dilaksanakan oleh Sukarelawan YBK.

Pihak YBK dimaklumkan bahawa semua penghuni rumah ini adalah bekas pesakit dari hospital seluruh negara yang tidak diambil oleh waris mereka. Kebanyakannya uzur memerlukan penjagaan yang rapi yang terlantar. Rumah kebajikan ini yang ditubuhkan sejak 2003 milik persendirian Puan Muji tanpa sebarang bantuan terus daripada mana-mana agensi kerajan maupun swasta.  Walau bagaimanapun, pelbagai kumpulan persendirian, agensi dan syarikat swasta kerap menjalankan program kemasyarakatan di rumah ini. Jumlah penghuni terdiri dari 22 lelaki dan 33 perempuan tua yang memerlukan rawatan kesihatan dan perubatan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Puan Muji merupakan bekas Jururawat terlatih tidak menghadapi sebarang masakah merawat penghuni di sini yang juga mendapat sokongan setiap minggu doktor dari klinik kerajaan Dengkil.   Sesi diskusi dengan Puan Muji diakhiri alu-aluan untuk YBK melaksanakan program di samping sumbangan kewangan YBK untuk pengurusan. Sukarelawan YBK bersetuju dan akan merancang satu program berbentuk kaunseling di samping bantuan barangan kepada para penghuni rumah ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;