Klang, 4/4/204 - YBK mengadakan perbincangan dengan Bahagian Pembangunan Mualaf, Majlis Agama Islam Selangor. Dalam sesi tersebut pegawai YBK telah mendapat penerangan dari Ustaz Suhaimi Ismail dan Ustaz Mohd Anwar Haq tentang operasi dan kemudahan yang ditawarkan kepada goongan mualaf khususnya orang asli yang menganut Agama Islam oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Perbincangan ini diadakan sebagai lanjutan keputusan perbincangan YBK dan Jaksa Pendamai dengan agensi yang bertanggungjawab membangunkan kamajuan sosio-ekonomi Kg Orang Asli Gurney iaitu MAIS, JAIS, PZS, ICU dan penduduk pada 31/3/2014 lepas.   Dalam perbincangan tersebut YBK selaku penyelaras pembangunan akan mengadakan perbincangan dengan pihak MAIS dan JAKIM dalam memberi kefahaman tentang usaha dan bantuan Jabatan Agama Islam dan JAKIM khususnya dalam membangunkan program dakwah orang asli di Kg Orang Asli Gurney.

Hasil perbincangan kali ini, YBK mendapati terlalu banyak kemudahan yang dirancang dan dilaksakanan oleh MAIS melalui peruntukkan asnaf zakat oleh Lembaga Zakat Selangor. Antaranya termasuklah bantuan-bantuan berkhatan, bayaran hutang, kecemasan, perniagaan, bina dan baik-pulih rumah, pelajar dan elaun fardhu ain. Pihak MAIS juga memaklumkan semua bantuan akan disalurkan selepas mendapat ulasan dan perakuan pejabat Agama Daerah. Berkenaan dengan pembangunan dakwah di kg orang asli disamping MAIS melalui ahli Panel Dakwah yang dilantik oleh MAIS, Penggerak Masyarakat yang dialntik oleh JAKIM juga bertanggungajwab secara lansung.

Akhirnya,  pihak MAIS menyatakan kesediaan dan membantu YBK dalam menjayakan segala bentuk program dakwah untuk Islam atau berminat dengan syiar Islam dikalangan orag asli khususnya Kg Orang Asli Gurney. 

 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;