- Hit: 1902
Hulu Selangor, 11/4/2014 - YBK mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan dengan Tuan Kadhi Daerah Hulu Selangor Ust Zainizam. Kunjungan ini sebagai salam hormat dan menyampaikan hasrat YBK mewujudkan Jawatankuasa Kampung Angkat Kg Orang Asli Gurney. Selaku pentadbir Jabatan Agama Islam Selangor, YBK menyatakan niat dan tujuan yayasan untuk menambah dan menyokong segala perancangan dan program membangunkan kamajuan sosio-ekonomi Kg Orang Asli Gurney.
Pegawai Agama yang bertanggungjawab tentang Mualaf Ustaz Rose Afendi juga turut hadir mengalu-alukan usaha YBK khususnya merancang aktiviti dalam membangunkan program dakwah orang asli di Kg Orang Asli Gurney. Bagi pihak Jabatan Agama Islam Tuan Kadhi akan memberikan segala kerjasama dan sokongan kepada YBK dan agensi-agensi lain yang terlibat dalam pembangunan dakwah di Kg Orang Asli Gurney.ย
YBK juga menyatakan akan sentiasa memberikan kerjasama dan menyokong program yang telah sedia dirancang dan dilaksanakan oleh Pejabat Agama Islam dan JAKIM, diamping program-program sosio-ekonomi yang sedang dirancang oleh agensi-agensi kerajaan lainย
ย
ย
ย
ย