Kalumpang, Hulu Bernam - Program Latihan Asas ICT bagi menjana pendapatan tambahan siri ke-6 telah diadakan di Dewan Pejabat UMNO Hulu Bernam, Kalumpang. Program ini adalah anjuran bersama Multimedia Development Corporation (MDec), Multi Media Synergy Corporation Sdn Bhd, Pergerakan Wanita UMNO Hulu Selangor dan Yayasan Basmi Kemiskinan.
Program sehari ini telah dihadiri lebih kurang 170 peserta dan telah dirasmikan oleh YB Dato’ Rosni bt Sohar, Ketua Pergerakan Wanita Hulu Selangor merangkap ADUN Hulu Bernam.

 

Beliau dalam teks ucapannya menyarankan agar golongan wanita menggunakan kesempatan dan peluang yang ada bagi menambah sumber pendapatan keluarga. Turut hadir dimajlis tersebut, YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom Pengerusi YBK, YBhg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Biro Usahawan Wanita UMNO Bhg Hulu Selangor dan Encik Zulhairy Jalaluddin,Ketua Pegawai Eksekutif YBK.
Di kesempatan itu juga, YBhg Dato’ Hamidah bt Osman, Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Puan Yusni bt Mohamed Yusop, Pengarah Bersekutu Keusahawanan Unit Peneraju Agenda bumiputera (TERAJU) telah hadir bagi menyampaikan taklimat mewakili organisasi masing-masing.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;