- Hit: 1692
SERENDAH, 9 April 2014 - Satu Mesyuarat Unit Pembangunan Usahawan Ibu Tunggal YBK telah berlangsung di Asrama Kasih YBK Serendah. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Unit Pembangunan Usahawan Ibu Tunggal YBK. Turut hadir adalah pengerusi persatuan Ibu Tunggal Batang Kali, Taman Bunga Raya, Serendah dan Sungai Choh serta pegawai Koperasi Kasih YBK, Pn Rafizah Ibrahim.
Mesyuarat antara lain membincangkan halatuju unit ini yang menfokuskan produk makanan sejuk beku yang diusahakan sebilangan besar ahli unit ini untuk dipasarkan di Kedai Ko-Op 1Malaysia milik Koperasi Kasih YBK yang dijangka mula beroperasi pada Mei 2014 nanti. Bagi fasa permulaan, antara makanan sejuk beku yang akan dipromosikan di kedai tersebut ialah kuih kasturi,karipap pusing, sardin roll, kuih boom, tart bengkulu dan kuih badak. Diharapkan usaha ini akan menjadi ‘batu loncatan’ kepada pengusaha-pengusaha produk makanan segera agar menghasilkan produk-produk baru yang boleh menembusi pasaran makanan segera yang sedia ada.
Mesyuarat antara lain membincangkan halatuju unit ini yang menfokuskan produk makanan sejuk beku yang diusahakan sebilangan besar ahli unit ini untuk dipasarkan di Kedai Ko-Op 1Malaysia milik Koperasi Kasih YBK yang dijangka mula beroperasi pada Mei 2014 nanti. Bagi fasa permulaan, antara makanan sejuk beku yang akan dipromosikan di kedai tersebut ialah kuih kasturi,karipap pusing, sardin roll, kuih boom, tart bengkulu dan kuih badak.
Diharapkan usaha ini akan menjadi ‘batu loncatan’ kepada pengusaha-pengusaha produk makanan segera agar menghasilkan produk-produk baru yang boleh menembusi pasaran makanan segera yang sedia ada.