Gesir, 12/4/2014 - saya menghabiskan masa hampir 3 jam di Asrama Kasih YBK Gesir. Saya datang kerana ingin mengadakan perbincangan dengan salah seorang penjaga pelajar. Temujanji yang dijadualkan jam 3.00 petang telah ditunda ke jam 5.15 petang disebabkan masalah yang dihadapi oleh penjaga untuk sampai pada waktu yang dijanjikan.

Sementara menunggu, saya mengadakan sesi taqarruf dengan pelajar yang ada. Sesi ini bertujuan mengenali dengan lebih dekat lagi pelajar di sini. Saya cuba melihat setakat mana tahap  keyakinan dan kesedaran diri pelajar. Melalui sesi mengenal diri dan perkongsian terhadap beberapa pekara yang dilontarkan seperti karier, amalan nilai baik dalam hidup dan kebolehan matematik, saya merumuskan beberapa pengamatan.

Pelajar Asrama Kasih YBK Gesir terlalu naif untuk yakin dan percaya pada diri sendiri atau 'self esteem' yang rendah.  Mereka seperti hanya tunggu dan lihat. Mereka sangat memerlukan bimbingan dan sokongan emosi yang membolehkan mereka berjaya. Mereka perlu dalam keadaan sedar mempunyai keinginan untuk berjaya dalam pelajaran dan sahsiah untuk membina kesedaran dam keyakinan diri. 

Selepas itu saya mengadakan perbincangan dengan Pengetua dan warden asrama. Saya meminta mulai sekarang pelajar perlu diberi ruang dan peluang membina  keyakinan dan kepercayaan diri. Setiap komunikasi dengan pelajar, pelajar mempunyai tahap IQ yang perlu dibina. Zaman pelajar patuh dengan arahan kerana takut dengan warden telah berlalu. Pelajar mesti jelas dengan apa yang dibuat akhirnya untuk menjadi mereka sebagai insan yang berjaya. Saya juga meminta Pengetua sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak samada individu maupun persatuan datang melaksanakan program yang dapat membinan sahsiah pelajar di sini.

 

Zulhairy Jalaluddin

 

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;