- Hit: 2254
Taman Medan, 19 April 2014 -Β Program Latihan Asas ICT bagi Menjana Pendapatan Tambahan siri ke-7 dan terakhir telah diadakan di Dewan Serbaguna Blok F, Apartment Taman Medan Cahaya,Taman Medan. Program ini adalah anjuran bersama Multimedia Development Corporation (MDeC), Multimedia Synergy Corporation (MMSC) dan Yayasan Basmi Kemiskinan dengan kerjasama Koperasi Kasih YBK Berhad.
Peserta adalah seramai 30 orang yang terdiri dari ibu tunggal dan kaum ibu yang berpendapatan rendah dari sekitar Taman Medan. Apa yang menariknya peserta-peserta siri akhir ini adalah, mereka diajar menggunakan terus platform 'i-story' dengan menjawab soalan juga dipanggil 'micro-works' yang akan dikemukan dalam 20 jenis karangan di dalam platform tersebut dan ini melayakkan mereka mendapat elaun dari 'micro-works' yang telah mereka jalankan. Sekalung penghargaan kepada Puan Siti Zubaidah dari Koperasi Kasih YBK Berhad di atas kerjasama serta kejiranan setempat yang telah bersama sama menjayakan progran hari ini.
Β