SG. SIPUT, 26 & 27 April 2014 – Satu gerakerja motivasi dan gotong-royong telah dijalankan oleh Sukarelawan YBK di SMA Maahad Nurul Fadzliah, Kg Kelimat. Sekolah ini merupakan sekolah agama berasrama yang terletak di Sg Siput, Perak. Program dilaksanakan selama 2 hari di mana hari pertama diadakan sesi motivasi manakala hari kedua melibatkan kerja gotong-royong mengecat bangunan asrama pelajar lelaki.

 

Sesi motivasi pada hari pertama dimulakan dengan solat maghrib dan isyak berjemaah. Sementara menunggu ketibaan penceramah, para pelajar diberi taklimat ringkas oleh En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK. Syarahan motivasi telah disampaikan oleh Ustaz Hj Ahmad Hafiz Hj Alwi Al-Bakkaniyy daripada ASWAJA. Beliau menyampaikan syarahan bertajuk ‘Tanggungjawab kepada Allah, Rasul, Ibu bapa dan Masyarakat’ di mana para pelajar dan hadirin diberikan kesedaran berkenaan kepentingan melaksanakan tanggungjawab. 

 

Gerakerja gotong-royong telah dilaksanakan pada hari kedua di mana objektifnya adalah untuk mengecat asrama pelajar lelaki. Seawal jam 8 pagi, para pelajar seramai 180 orang di samping guru-guru telah berkumpul dan diberi taklimat perjalanan gotong-royong serta dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Gotong-royong berjalan sehingga jam 11 pagi dan kemudiannya para pelajar bersiap untuk majlis penutup di dewan utama sekolah.

 

Majlis penutup disempurnakan oleh YBhg Dato’ Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK dan turut dihadiri oleh Tn Hj Bing Selamat, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan Datin Hartini Osman. Dalam ucapannya, YBhg Dato’ telah melahirkan rasa gembira atas kejayaan program ini di samping bersetuju untuk melantik SMA Maahad Nurul Fadzliah sebagai sekolah di bawah program KUNTUM. Surat perlantikan kemudianya diserahkan kepada Pengetua, Tn Hj Musa Pandak Mat Arif disaksikan oleh Yang DiPertua PIBG, Tn Abu Hanifah Hassan. Sesi fotografi diadakan selepas selesai majlis dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

Sukarelawan YBK melahirkan ucapan terima kasih kepada pengurusan SMA Maahad Nurul Fadzliah atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan program ini dilaksanakan dengan jayanya.

 

  

 

 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;