- Hit: 2204
Shah Alam, 5 Mei 2014 - Koperasi Kasih YBK Berhad hari ini melancarkan Kedai Ko-Op 1Malaysia di alamat di 16-1, Jalan Lengkuas, D/6/D Ken Rimba, Seksyen 16, Shah Alam. Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran 30 juzuk oleh anak-anak Ma’had Tahfiz Sungai Buaya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Datin Sharifah Ahmad disaksikan semua kakitangan Yayasan Basmi Kemiskinan dan anak syarikat.
Menurut pengurus projek Kedai Ko-op Encik Zayeim dan Rafizah Ibrahim, kedai koperasi kami bermula hari ini yang beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Pelanggan akan menikmati beberapa kemudahan barangan berkualiti dan murah, penghantaran terus ke rumah dan pakej barangan yang menarik. Kedai Ko-Op yang pertama di Selangor adalah usaha YBK mengambil bahagian dalamn peluang perniagaan yang ditawarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
YBK juga sedang merancang membuka kedai Ko-op kedua yang akan memberi kemudahan barangan murah dan berkualiti kepada pelajar di UiTM Melaka Kampus Jasin