BUKIT BERUNTUNG, 9 Mei - Skuad Kasih YBK (SKY) telah berkunjung ke kediaman Puan Salmiah bt Che Omar di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. Suri rumah sepenuh masa ini baru saja kehilangan suami, Kamaruddin Abd Rahman lebih kurang sebulan yang lalu. Kamaruddin yang bekerja sebagai pemandu treler meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu seorang lelaki yang dikatakan mengalami masalah mental di Bandar Baru Uda, Johor Bharu. Meninggalkan 4 orang cahayamata, Mohd Iqmal Danial (13 tahun), Nor Ilyana Danisha (9 tahun), Mohd Abid Dhuha (6 tahun) dan Mohd Aqil Haidar (3 tahun).

YBK diwakili Puan Rozita Arbain telah menyampaikan sumbangan kepada Puan Salmiah dan menawarkan tempat bagi adik Nor Ilyana Danisha di Asrama Kasih Jambor Sakti.

Takziah kepada keluarga beliau diatas pemergian suami tercinta, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan semoga roh suami beliau ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;