- Hit: 1961
Serendah, 10 Mei 2014ย โย Dewan Tan Sri Muhammad b. Mohd Taib Asrama Kasih YBK telah berlangsung Majlis taklimat UNIKL serta Penyampaian Surat Tawaran UNIKL kepada anak-anak Asrama Kasih YBK lepasan SPM 2013.ย
Turut bersama hadir di majlis ini ialah Yg. Bhg. Dato Hj. Zainal Abidin Hj Sakom Pengerusi YBK, Tuan Hj. Bing Selamat Amir ALPA YBK, Datin Hartini Othman Pengerusi Asrama Kasih YBK,Puan Sara Lina Pegawai pemasaran UNIKL, Puan Adibah Zainualdin pensyarah dari Jabatan Business School UNIKL. Tn. Hj. Mohd Yusof Penasihat Asrama Kasih YBK.
ย
Taklimat UNIKL telah disampaikan oleh Puan Sara Lina dan Puan Adibah. Antara pengisian taklimat yang disampaikan adalah peluang-peluang belajar di UNIKL seta kelebihan MARA dalam membantu pendidikan orang Melayu. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada Dato Hj. Zainal Abdin Hj Sakom, dalam ucapannya beliau menyeru semua anak-anak asrama kasih ybk hidup bersyukur dengan nikmat yang diberi pada hari ini. Segala peluang yang telah disediakan oleh YBK untuk anak-anak asrama mestilah dimanfaatkan. Beliau juga berharap anak-anak asrama segera sedar dan bangkit untuk berubah demi mencapai cita-cita murni.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mat Nadzari b. Ahmad Dahlan Ahli Dewan Undangan Negeri Batang Kali, sebelum itu beliau berucap menyampaikan amanat pemimpin pejuang lama dimana anak melayu perlu sedar dan manfaatkan masa muda sekarang dengan menuntut ilmu setinggi yang boleh dan berbakti kepada Agama, Bangsa dan Negara.
Seterusnya sebagai simbolik penyerahan surat tawaran UNIKL disampaikan oleh Puan Adibah kepada YB Tuan Mat Nadzari Ahmad Dahlan kemudian ia diserahkan kepada Yg. Bhg Dato Hj. Zainal Abidin Hj Sakom. Majlis diakhiri dengan jamuan petang pada jam 4.30 petang.
ย
ย
ย ย
ย
ย