Hulu Selangor, Feb 6 -- Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini menerima kunjungan dari krew Program realti amal β€œBersamamu” bagi membuat penggambaran berkenaan dua bekas penghuni Asrama Jambo Sakti di Kampong Gesir Tengah, Hulu Bernam.

Krew program tersebut yang sampai pada pukul 4.30 petang turut ditemani oleh kedua-dua adik beradik tersebut iaitu Noradibah dan Noradila Mohd Sukur yang kini berusia 19 tahun serta ibu mereka.

Eksekutif Primeworks Studios Mazlin Nordin ketika ditemui berkata program Bersamamu berkenaaan keluarga dua adik beradik tersebut dijangka akan bersiaran pada 20 Feb ini di TV3.


Noradibah dan Noradila kini melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di Kota Bharu dalam bidang Syariah.

Program Bersamamu memaparkan kisah segelintir masyarakat Malaysia yang kurang berkemampuan sama ada dari segi kewangan mahupun kesihatan bagi mendapatkan sedikit perhatian.

Β 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;