Shah Alam, Feb 23 -- Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini menyertai program Perhimpunan Barisan 1Malaysia yang diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 di sini.

Perhimpunan tersebut yang diadakan bermula pukul 8 pagi hingga 2 tengahari dan dianjurkan oleh Biro Tata Negara (BTN) turut disertai lebih 100 badan bukan kerajaan (NGO).

Penceramah-penceramah yang hadir di perhimpunan tersebut adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Fuad Hassan dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Dalam ceramahnya Datuk Seri Noh Omar mengkritik tindakan kerajaan Negeri Selangor yang bertindak merampas  tanah milik YBK di Serendah hingga menyebabkan pembinaan Uitm di cawangan tersebut terpaksa dibatalkan.

“Kami berjanji sekiranya tampuk pemerintahan negeri Selangor kembali kepada Barisan Nasional pembinaan Uitm di Serendah, akan diteruskan yang mana ia ternyata akan membawa banyak manafaat kepada penduduk di situ,” katanya.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;