- Hit: 1655
12 April 2013 telah terlaksananya program dari pihak penganjur iaitu pihak Training Barn dengan kerjasama Pertubuhan-pertubuhan Sosial NGO dan atas sumbangan individu yang prihatin dengan kebajikan anak yatim dan miskin di seluruh negara menawarkan Program Motivasi kepada anak-anak Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah bagi memotivasikan mereka ke arah pembangunan diri menjadi insan yang cemerlang.
Program ini telah dilaksanakan di Tapak perkhemahan Sg. Inki Kg. Pasir Putih, Kalumpang Selangor Darul Ehsan. Program ini telah disertai pelajar seramai 20 orang dari kalangan tingkatan 4&5. Program ini juga telah diselenggarakan oleh Encik Mohd Effendy bin Mohamed selaku jurulatih Kemahiran Insan. Program ini terlihat kesan positif dari kalangan anak-anak Asrama Kasih seperti tahap komunikasi semakin baik, disiplin pelajar semakin cemerlang dan sikap tanggungjawab sebagai pelajar semakin ketara.
Program ini juga berterusan dengan aktiviti ke-2 pada tarikh 20 April 2013 bagi meningkatkan potensi diri dalam melihat sikap tanggungjawab sebagai pelajar cemerlang. Dalam sesi ke-2 ini terlihat kesan yang positif seperti anak-anak menjadi pro-aktiv,pelajar-pelajar tingkat atas menunjukkan kepimpinan kepada adik-adik bawahannya. Dengan jayanya program ini pihak penganjur menawarkan diri mereka untuk menjadi tutor untuk kali 2 kali seminggu ke Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan serta menawarkan program pemantapan sesi ke-3 pada 18 hingga 20 Mei.