2 Mei, Serendah : Majlis Istighasah Al-Kubra telah dijalankan di Surau Al-Falah Asrama Kasih YBK Serendah. Tujuan majils ini diadakan adalah untuk mendoakan perpaduan yang utuh sesama masyarakat yang beragama islam. Selain itu, majlis ini diadakan untuk memohon kepada ALLAH S.W.T agar menurunkan rahmatnya sehingga dapat menolak segala bala bencana dan keruntuhan moral.

Majlis bermula dengan solat maghrib secara berjemaah, seterusnya bacaan yasin yang di pimpin oleh Ustaz Abdul Halim. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan solat sunat hajat selepas solat isyak dan kemuncak majlis adalah bacaan zikir Istigasah Al-Kubra yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Hadi Bin Basri Pegawai Tadbir Asrama Kasih YBK dan diiringi 2 orang anak Asrama Kasih iaitu Muhammad Nazri Bin Jailani tingkatan 4 dan Muhammad Syahmi Bin Mazzuno Hussain tingkatan 4. Majlis turut diserikan lagi dengan penyampaian tazkirah oleh Ustaz Haji Dasuki. Majlis turut dihadiri oleh Hj Bing Selamat Bin Amir ALPA dan masyarakat tempatan.

Komitmen Yayasan Basmi Kemiskinan menjadikan Istigasah Al-Kubra sebagai wasilah perpaduan ummah mestilah ditingkatkan dan dikembangkan kepada masyarakat seluruh malaysia bagi mencapai matlamat dan visi istighasah seterusnya membina ketamadunan ummah yang gemilang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;