Serendah - Asrama Kasih Serendah (ASKA) dibawah  program pendidikannya akan menjalankan satu aktiviti silat kepada semua pelajar ASKA. Objektif utama aktiviti silat ini dijalankan adalah untuk menjadi teras transformasi diri dalam meningkatkan disiplin para pelajar ini dalam kehidupan seharian.



Majlis perasmian ini dimulai dengan ucapan daripada ALPA YBK merangkap Pengerusi Modal Insan, Tn. Hj Bing Selamat Amir. Seterusnya ucapan pengasas Silat Pendekar Bertuah, Pak Bukhari Yahami. Pengerusi YBK, Dato Hj Zainal Abidin Sakom dalam ucapan perasmiannya mengharapkan supaya aktiviti silat ini bukan hanya dapat meningkatkan tahap disiplin tetapi spiritual dalam diri setiap pelajar, mengumpakan silat dan solat adalah kawan yang cukup rapat. Majlis ini turut dihadiri Pengerusi ASKA Serendah Datin Hartini Osman serta ahli-ahli silat Pendekar Bertuah.

Semoga silat ini dapat meningkatkan jatidiri pelajar ASKA dalam mengharungi kehidupan bagi mencipta kegemilangan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;