- Hit: 1774
24 Mei, Serendah : Seramai 49 orang pelajar lelaki Asrama Kasih telah menyertai Bengkel Pengurusan Jenazah anjuran Unit Kerohanian Asrama Kasih yang bertempat di Surau Al-Falah Asrama Kasih. Bengkel Pengurusan Jenazah disampaikan Oleh Puan Hajah Mariam Binti Ismail (guru Sekolah Rendah Agama Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru Kuala Lumpur).
Tujuan bengkel pengurusan jenazah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada anak Asrama Kasih tentang cara menguruskan jenazah. Di dalam bengkel ini turut diajar cara mengkafan jenazah, memandikan jenazah dan cara menunaikan solat jenazah. Bengkel bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Bengkel turut disertai oleh pemangku pengetua Asrama Kasih Puan Halimaton Saadiah dan dua orang warden lelaki iaitu saudara Ahmad Akmalluddin dan saudara Hizrahtul Aqmal
Semoga dengan adanya bengkel ini dapat memberi kesedaran kepada kita tentang persiapan kita untuk menuju ke alam barzakh. Selain itu juga dapat mendidik hati dan jiwa kita untuk sentiasa tawadduk dan dapat membina insan yang sentiasa menginginkan keredaan ALLAH S.W.T