Serdang - YBK melalui Unit  Pembangunan Usahawan Ibu Tunggal  Daerah Hulu Selangor telah mengenalpasti produk yang mempunyai potensi untuk dimajukan bagi membantu mereka menambah pendapatan. Antara produk yang dikenal pasti ialah paste rendang, paste masak merah, paste masak hitam, paste kuah kacang, chicken chop segera, sardin roll, kuih boom, kuah rojak, kuih kasturi, donut, karipap pusing dan tart bengkulu.

Bagi menambah baik produk yang bersesuaian, YBK telah mengadakan perbincangan dengan pihak MARDI (Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, MARDI) untuk mendapatkan kerjasama dan khidmat nasihat mereka dalam merialisasikan matlamat YBK membantu kumpulan usahawan ibu tunggal ini. YBK  telah diberi taklimat oleh  Dato’ Dr. Masri Muhamad, Timbalan Ketua Pengarah, Pemindahan dan Pengkomersialan Teknologi, MARDI. Pihak MARDI juga diwakili oleh Jamaludin Salim, Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi serta beberapa pegawai dari unit-unit yang berkaitan.

 

Melalui perbincangan ini YBK akan mengambil beberapa langkah yang disarankan oleh pihak MARDI untuk menjayakan program YBK ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;