- Hit: 1688
Gesir – Pelatih dan kakitangan Akademi Kemahiran Gesir telah menyertai pertandingan Explore race dengan menaiki motorsikal di sekitar Gugusan Sungai Selisik pada 9 Februari 2013. Program tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Gesir Tengah yang disertai juga oleh penduduk terutamanya golongan belia di sekitar Gugusan Sungai Selisik. Pertandingan tersebut mempunyai 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan. Setiap satu penyertaan diwakili oleh 2 orang bagi sebuah motorsikal .
Program tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Program dimulakan dengan ucapan daripada Datuk Hj Idris Bin Abu Bakar seterusnya merasmikan Pertandingan Explore Race tersebut. Pertandingan mewarna bagi golongan kanak-kanak yang berumur di antara 6 hingga 9 tahun juga turut diadakan.
Semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh setiap pelatih dan kakitangan bagi kategori lelaki yang menyertai pertandingan tersebut membuahkan hasil, apabila menjuarai ketiga-tiga tempat iaitu Johan , Naib Johan dan tempat ketiga. Masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM 300.00, RM200.00 dan RM 100.00. Hadiah cenderahati berbentuk hamper juga disediakan bagi tempat keempat hingga kesepuluh.