- Hit: 1956
KUALA SELANGOR - Pusat Latihan YBK (PLYBK) dengan berbesar hati telah menerima kehadiran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuala Selangor untuk menjalankan Program Roadshow Indahnya Menjadi Insan Murabbi 2013 yang telah berjalan dengan lancar pada semalam 13 Jun 2 013. Intipati program tersebut adalah melahirkan generasi belia Islam yang tinggi ilmunya dalam menjalankan tanggungjawab seharian disamping keutamaan dalam menjalankan ibadah solat fardhu selain cemerlang modal insan dan akhlaknya berteraskan kepada pegangan Al-Quran dan As-Sunnah dan juga menerapkan budaya perkampungan ilmu dalam masyarakat.
Program setengan hari yang melibatkan seramai 90 orang pelatih dan kakitangan PLYBK dimualakan dengan sesi pendaftaran dan dihiasi dengan Ceramah bertajuk 'Bahana Meninggalkan Solat' oleh A.F Tuan Haji Abdul Rahim bin Salleh, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kuala Selangor dan diteruskan dengan sesi LDK 'Smart Solat' oleh fasilitator-fasilitator PAID. Program diakhiri dengan selawat ke atas nabi dan jamuan makan.
PLYBK ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan semoga kerjasama yang baik ini akan diteruskan dengan siri-siri program yang lebih besar dan mampu melibatkan masyarakat sekeliling. Penghargaan kepada Ustazah Norazean binti Ashari, Pegawai Hal Ehwal Islam (Dakwah) PAID dan semua pegawai-pegawai terlibat atas kesudian menganjurkan program ini yang melibatkan pelatih-pelatih PLYBK buat julung-julung kalinya.