Serendah, 2 Julai -- Asrama Kasih YBK Serendah di bawah badan Akademik dan Sahsiah telah mengadakan "Program Motivasi Pelajar" untuk pelajar-pelajar perempuan dengan tajuk programnya "Menjana Keinsafan Diri".

Program ini dianjurkan supaya para pelajar berupaya membentuk diri ke arah yang lebih baik sekiranya diberi peluang dan ruang di samping sokongan rakan-rakan mereka yang signifikan dalam kehidupan seharian.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar agar lebih berkeyakinan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Juga memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab yang seterusnya yang seharusnya dipikul sebagai pelajar.

Seremai 80 orang pelajar yang terlibat dalam program tersebutΒ  yang berlangsung selama 2 malam, bermula dari pukul 9.15 malam dan tamat pada pukul 11.30 malam.

Dua pegawai tadbir asrama iaitu Cik Nurul Nadiah dan Cik Maisarah turut terlibat dalam program tersebut.

Penceramah program ini ialah Cik Nur Wahidah.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;