- Hit: 1775
Serendah, 8 Julai -- Badan Akademik dan Sahsiah telah mengadakan mengadakan satu pertandingan syarahan untuk pelajar-pelajar Asrama Kasih yang mana pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini ialah dari tingkatan satu hingga tingkatan empat.
Pertandingan ini yang terbahagi kepada menengah bawah dan menegah atas turut dihadiri Pemangku Pengetua Asrama Kasih, puan Halimaton Saadiah yang bertindak sebagai juri dan juga penyampai hadiah kepada pelajar yang berjaya.
Seramai 15 orang yang bertanding dalam pertandingan ini yang mana bagi peringkat menengah bawah peserta yang berjaya di tempat pertama ialah Siti Nazirah Zulkifli, tempat kedua Siti Nuraisyah Rafae dan tempat ketiga Nor SYuhada Mohd Noor.
Bagi peringkat menengah atas pula tempat pertama dimenangi oleh Norul Afiqah Bohari, tempat kedua Noor Aryani Jailani dan tempat ketiga Nur Adibah Izhari.
Pertandingan tersebut bermula pada pukul 2 petang dan tamat pada pukul 4.30 petang.