- Hit: 1853
28 OGOS 2013 - YBK telah menerima kunjung hormat daripada delegasi Universiti Putra Malaysia (UPM) yang diketuai oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Sulaiman Mat Yasin Ketua Fellow danย Prof Madya Dr Bahaman Abu Samah Pengarahย bersama pensyarah dan pegawai Institut Pengajian Sosial Universiti Putra Malaysia. Kunjung hormat ini diadakan bertujuan bagi berdiskusi dan bertukar pendapat berkenaan perkembangan Kajian Kesejahteraan Rakyat yang dijalankan secara usahasama antara YBK dan UPM.
Kajian Kesejahteraan Rakyat ini sedang dijalankan untuk mengukur dan mengenalpasti tahap kesejahteraan di kalangan rakyat Malaysia secara umumnya melalui beberapa indikator yang ditetapkan. Hasil kajian ini kelak diharapkan dapat dijadikan asas oleh kerajaan ataupun pihak yang berkenaan untuk merangka dasar yang lebih efisien dan fleksibel demi kepentingan umum.
Dato Zainal Abidin Hi Sakom merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Universiti Putra Malaysia kerana mengadakan kerjasama dengan YBK dalam merancang dan melaksanakan Kajian Kesejahteraan Rakyat. Turut dibincangkan dalam kunjung hormat ini adalah penyertaan YBK di Persidangan Belia Antarabangsa 2013 (ICYOUTH 2013) yang bakal berlangsung pada 29-30 Oktober di Mines Wellness Hotel, Seri Kembangan.