Serdang – YBK dengan kerjasama Institut Kajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia UPM mengadakan International Conference On Youth 2013, (ICYouth2013) pada 28-30 Oktober 2013 bertempat di Mines Wellness Hotel Selangor.

Persidangan antarabangsa kali ke 2 akan disertai oleh peserta dalam dan luar negara. Ia bertujuan meningkatkan kefahaman peserta tentang peranan kritikal belia sebagai aset pembinaan negara, bertukar fikiran dan pengalaman tentang isu, cabaran dan strategi melibatkan belia sebagai rakan kongsi pembinaan negara, meningkatkan kefahaman aspirasi belia tentang pembangunan negara  dan menyediakan suatu forum yang berkesan untuk perhubungan dan kerjasama  dikalangan pembentang kertas kerja dan peserta

Antara tajuk yang akan dibincangkan termasuklah pembangunan komuniti dan belia, pembangunan kerakyatan dan belia, pembanguan kompetensi dan belia, pembangunan siber dan belia dan pembangunan NGO dan belia.

Yuran persidangan adalah RM600 untuk orang biada dan RM350 untuk dalam negeri. Manakala peserta antarabangsa adalah USD275 unutk otamg biasa dan USD160 unutk pelajar.

Untuk keterangan lanjut sila lawati website www.icyouth2013.edu.my atau menghubungi 03-89471868 Nuraini Kamaruddin, UPM.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;