IPSAS Serdang 11/9/2013 - YBK hari menyerahkan cek RM50,000.00 membiayai Persidangan Antarabangsa Belia 2013 (International Convention On Youth 2013). Penyerahan disampaikan kepada Prof Madya Dr Bahaman Abu Samah Pengarah  Institut Kajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia dan disaksikan oleh Prof. Emeritus Dato' Dr. Sulaiman Mat Yasin Ketua Fellow Penyelidik IPSAS. Cek telah disampaikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin bagi pihak Pengerusi dan Lembaga Pemegang Amanah YBK di pejabat Pengarah IPSAS.

Program Persidangan Antarabangsa Belia 2013 atau International Conference On Youth 2013 dijangka akan menarik penyertaan dari dalam dan luar negara dari kalangan ahli akademik dan NGO. ICYouth 2013 akan  diadakan pada 28-31 Oktober 2103 di Mines Wellness Hotel Selangor. Antara lain persidangan antarabangsa ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta tentang peranan kritikal belia sebagai aset pembinaan negara, bertukar fikiran dan pengalaman tentang isu, cabaran dan strategi melibatkan belia sebagai rakan kongsi pembinaan negara, meningkatkan kefahaman aspirasi belia tentang pembangunan negara  dan menyediakan suatu forum yang berkesan untuk perhubungan dan kerjasama  dikalangan pembentang kertas kerja dan peserta.

Program ini adalah sesuai dengan salah satu dari 7 matlamat dalam resolusi 11757 YBK iaitu bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam melaksana program-program pembasmian kemiskinan global. Dalam hal YBK mengadakan kerjasama dengan Institut Kajian Sains Sosial Universiti Putra Malaysia, IPSAS dalam membincangkan peranan belia membina bangsa termasuk membasmi kemiskinan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;