Bukit Beruntung - Mesyuarat pertama Program Saringan Kesihatan Reproduktif YBK telah diadakan di Dewan Orang Ramai Rukun Tetangga, Apartment Kenanga Taman Bunga Raya yang dipengerusikan oleh En Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif bersama 3 pegawai. Mesyuarat membincangkan pelaksaan program saringan kesihatan yang akan diadakan pada 6 Oktober 2013 di Apartment Kenanga Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Perbincangan bersama guru penyelaras KUNTUM, Pn Che Mashitoh bt Sabu mengenai Program Seminar Kecemerlangan SPM KUNTUM 2013 telah diadakan di SMK Taman Bunga Raya (1), Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Program motivasi ini melibatkan 4 daerah sekolah menengah di Selangor anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan YBK yang akan diadakan pada 17 Oktober, 2013. Program ini bertujuan memberi suntikan semangat dan jatidiri kepada para pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal menjelang pada akhir tahun ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;