SIME DARBY CONVENTION CENTRE - 22 Sept 2013, satu pertemuan yang telah diaturkan oleh Alumni saudara Rashahidir (presiden) dan rakannya saudara Hassim Ramli dan Pemangku Pengetua Pn. Halimaton Saadiah bersama En. Marzuki Mohamed Ketua Pegawai AL Advancement of Human Potential Sdn Bhd di mana membincangkan mengenai kaedah psychology menguruskan remaja masa kini. En. Marzuki pernah menjadi penceramah motivasi di Asrama Kasih pada awal tahun 2000.

Bekas peserta beliau sendiri iaitu saudara Rashahidir memberitahu program tersebut sangat memberi kesan yang positif kepada dirinya dan dia ingin berkongsikan pengalamannya kepada adik-adik yang berada di Asrama Kasih hari ini. Pn. Halimaton mencadangkan tarikh yang sesuai untuk mengadakan bengkel tersebut iaitu pada 19 dan 20 Oktober ini, beliau berharap ramai lagi anak-anak alumni yang boleh turut serta menjayakan bengkel tersebut. En. Marzuki juga akan memberikan perkhidmatannya secara percuma sebagai hadiah beliau kepada anak-anak yatim dan miskin di Asrama Kasih. Semoga dengan langkah yang positif ini dapat mengubah mentaliti pelajar kearah yang lebih baik.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

πŸ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

πŸ“ž TEL :Β +60 (3) 7875 0036
πŸ“  FAKS :Β +60 (3) 7875 0719
πŸ“§ E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;