- Hit: 1999
Serdang (UPM), 30 September 2013 - Satu sesi taklimat ringkas dan sembang santai telah diadakan bersama kumpulan Sukarelawan YBK daripada Fakulti Ekologi Manusia UPM. Objektif sembang santai ini adalah untuk bertukar pendapat di samping menerangkan fungsi dan peranan YBK dalam agenda pembasmian kemiskinan di Malaysia dan potensi-potensi aktiviti yang boleh dilaksanakan bersama kumpulan Sukarelawan ini. Sembang santai ini adalah merupakan sebahagian daripada aktiviti 'Roadshow' Sukarelawan YBK.
Sesi ini diadakan secara informal di Pusat Perniagaan UPM di mana kumpulan Sukarelawan YBK ini diketuai oleh saudari Nur Afiqah Abdul Aziz dan rakan-rakannya yang merupakan pelajar tahun ke-2. Diskusi ini bertumpu kepada taklimat berkenaan latar belakang YBK dan program-program yang dilaksanakan. Penerangan diberikan oleh saudara Audi Faliq Ibrahim selaku Eksekutif Sukarelawan dan sembang santai yang berlangsung hampir satu jam turut membincangkan berkenaan eksplorasi dan cadangan aktiviti yang ingin dilaksanakan oleh kumpulan ini.
Sesi ini diakhiri dengan persetujuan bersama untuk meneroka potensi melaksanakan program dan menggarap strategi untuk menarik lebih ramai ahli khususnya di kalangan pelajar Fakulti Ekologi Manusia. Saudari Nur Afiqah selaku wakil Sukarelawan YBK telah menyatakan persetujuan untuk merangka pertemuan selanjutnya jika perlu dalam memantapkan lagi perancangan Sukarelawan YBK di UPM khususnya.