- Hit: 1849
Kalumpang 14/11/2013 - YBK dengan kerjasama Jabatan Pertanian Daerah Hulu Selangor telah mengadakan Kursus Pengenalan KepadaTeknik Penghasilan Makanan Sejuk Beku. Kursus bertempat di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang dan disertai oleh 20 peserta dari Persatuan Ibu Tunggal Batang Kali, Serendah, Sungai Choh, dan Taman Bunga Raya yang digabungkan di bawah Unit Pembangunan Usahawan Ibu Tunggal YBK. Kursus sehari ini dikendalikan oleh Puan Meriam Ishak, Pensyarah Institut Pertanian Serdang. Objektif kursus ini adalah memberi pengenalan tentang teknik-teknik yang betul dalam pemprosesan makanan seju beku. Melalui kursus ini para peserta didedahkan dengan pengenalan kepada teknologi penyejukbekuan makanan, kawalan suhu dalam proses penyejukbekuan makanan dan juga kawalan mutu bagi makanan sejuk beku. Diharapkan para peserta memanfaatkan peluang yang telah diberikan dalam memberi nilai tambah kepada produk yang telah dihasilkan.