Serendah, 19/11/2013 - YBK dengan kerjasama Multimedia Synergy Ventures Sdn Bhd telah menganjurkan sesi kedua Kursus Asas Pengenalan ICT. Kursus yang bertempat di Asrama Kasih Serendah telah disertai 60 peserta dari Puteri UMNO Hulu Selangor, Persatuan Ibu Tunggal Batang Kali dan Persatuan Ibu Tunggal Serendah. Kursus kali ini mengetengahkan penggunaan ‘microsourcing platform’ yang juga dikenali sebagai Portal Addin yang membolehkan para peserta berniaga secara atas talian. Diharapkan dengan adanya portal tersebut akan memudahkan urusan dan menambahkan pendapatan para peserta tersebut. Siri kedua kursus ini telah berlansung di Kuala Selangor dan akan dilaksanakan di Gesir Tengah dan di Shah Alam. Kepada yang berminat untuk menyertai kursus tersebut, sila hubungi urusetia YBK, Cik Wan Afifah (03-7845 0036)

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;