SUBANG JAYA, 23 Disember 2013 - Program Jalinan Kasih Tautan Ukhwah telah dilaksanakan oleh kumpulan pelajar Sarjana Muda Perakaunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merangkap Sukarelawan YBK di Rumah Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RECTAR). Kumpulan ini yang dikenali dengan gelaran 'One Revolution' menjalankan program ini dengan objektif bagi mengenali dan memahami kehidupan para penghuni rumah ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik. Seramai kira-kira 60 orang penghuni dan 20 pelajar UKM telah menyertai program ini di mana YBK bertindak selaku penaja bersama.

Pengisian program berkisar kepada aktiviti dalam kumpulan dan juga ceramah motivasi. Sesi sebelah pagi melibatkan penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti dalam kumpulan dengan pelajar UKM bertindak sebagai fasilitator. Penghuni telah diberi pendedahan dan perkongsian sesama mereka di samping pertandingan-pertandingan yang menguji daya kreativiti dan kemahiran berfikir. Sesi sebelah malam pula diisi dengan ceramah motivasi daripada wakil Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang bercerita berkenaan ciri-ciri pelajar yang cemerlang.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh pengarah program, saudara Abdul Aziz Fuhyadi dengan ucapan dan penyampaian cenderamata kepada wakil YBK, saudara Audi Faliq Ibrahim dan wakil RECTAR.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;