Serendah, 13/4/2013 - Kerjasama antara YBK dengan MMSC melalui program Menjana Pendapatan Tambahan dari rumah melalui ICT telah membuka minda lebih kurang 150 peserta yang terdiri dari golongan ibu tunggal dan belia untuk meneroka peluang menambah pendapatan mereka.

Yayasan Basmi Kemiskinan dan Multi Media Synergy Ventures Sdn Bhd telah memeterai perjanjian usahasama yang mana menyediakan peluang, latihan dan platform untuk membangunan pengisian atau ‘content’ bagi membolehkan golongan pendapatan bawah 40% (B40 low income group) di dalam aktiviti dasar kerajaan menjayakan peluang dan aktiviti dalam ‘micro-sourcing’.

Peserta dari kalangan B40 yang dipilih oleh YBK telah mengikuti siri latihan dan berpeluang meningkatkan pendapatan melalui penciptaan cerita rakyat yang akan dimuat naik dan diakses oleh orang awam melalui aplikasi android. MMSC selaku ‘content provider’ akan membayar setiap cerita pendek yang dikarang oleh peserta dengan kadar sewajarnya.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;