- Hit: 1532
KLANG, 4 Disember 2013 - Skuad Kasih YBK (SKY) telah melapangkan masa menziarahi saudara Mokhtar Yaakob yang menghidapi penyakit strok di Kampung Sementa, Klang. Beliau hilang upaya untuk melakukan pekerjaan dan terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan isteri beliau terpaksa mencari punca pendapatan dengan mengambil upah memasang produk kilang di rumah.
Sebelum jatuh sakit, beliau bekerja di kilang berdekatan namun gaji beliau hanya cukup makan untuk menanggung isi rumah seramai 5 orang. YBK telah berbesar hati memberi ihsan kewangan sebanyak RM250 dan tawaran ke Asrama Kasih untuk salah seorang anak beliau.
Diharapkan sumbangan yang diberikan dapat meringan beban yang ditanggung oleh Encik Mokhtar sekeluarga.