SABAK BERNAM, 26 Oktober 2013 - Seorang warga emas, Puan Supinah Johari telah kehilangan rumah beliau akibat kebakaran yang berlaku akibat litar pintas. Kebakaran tersebut menyebabkan rumah beliau musnah teruk dan tidak boleh didiami lagi dan memerlukan kos besar untuk dibaiki semula. Skuad Kasih YBK yang mengetahui musibah yang menimpa beliau, telah mengunjunginya di rumah anaknya berdekatan Kg Banting.

Buat sementara waktu, beliau menetap bersama anak beliau dan dimaklumkan tidak mempunyai sumber kewangan yang besar untuk memperbaiki rumah tersebut. Atas dasar tersebut, YBK telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM500 untuk meringankan beban beliau. Sumbangan telah disampaikan oleh pegawai YBK, Puan Rozita Arbain.

Diharapkan Puan Supinah bersabar dan tabah menghadapi dugaan yang ditempuh.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;