Medan, 2 Jun 2013 - Setiap tahun bila hampir bulan Ramadhan YBK akan menyampaikan sumbangan kepada duafa fakir dan anak yatim di Medan, Indonesia. Bagi tahun ini, YBK berkongsi kegembiraan meraikan 250 duafa fakir dan 250 anak yatim yang telah disampaikan di Universitas Dian Nusantara, Jalan Bromo Medan. Seperti tahun sebelumnya setiap duafa fakir akan menerima hamper makanan bernilai Rp200,000 dan bagi anak yatim pula mereka menerima Rp50,000 setiap seorang.

Rombongan diketuai oleh Pengerusi YBK Dato Zainal Abidin Sakom, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, kakitangan serta sukarelawan YBK bersama-sama menyampaikan sumbangan ini. Semoga dengan sumbangan ini setiap duafa yang terbabit mampu untuk melaksanakan ibadah puasa dengan lebih tenang serta gembira.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;