- Hit: 1895
KUALA LUMPUR, 20 Jun 2014 - Satu perjumpaan telah diadakan bersama pengurusan Masjid Jamek Kuala Lumpur bagi meneroka kerjasama melaksanakan program kesukarelawanan dan kebajikan khususnya menjelang bulan Ramadhan yang bakal tiba. YBK berhasrat untuk menggerakkan program kesukarelawanan dan program Ramadhan dengan memberi fokus kepada kumpulan gelandangan yang sering berkunjung ke masjid ini.
Perjumpaan diadakan di bilik mesyuarat di mana pihak masjid diwakili oleh Ustaz Mohd Faizal Tan Mutalib (imam) dan Ustaz Mohd Izwan Sharif (bendahari). Pegawai YBK telah diberi taklimat ringkas berkenaan perjalanan dan perancangan program masjid sepanjang bulan Ramadhan. Perbincangan mencapai kata sepakat di mana YBK dan pihak masjid akan melaksanakan program pada bulan Ramadhan dan program khusus melibatkan sukarelawan YBK untuk kumpulan gelandangan.
Diharapkan langkah pertama ini menjadi satu dorongan untuk YBK dan pihak masjid beramal jariah melalui kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada kedua belah pihak.