Bengkulu, Indonesia 6/7/2014 – YBK mengadakan lawatan kerja ke Universiti Bangkulu. Sempena lawatan tersebut, YBK mengadakan perbincangan dengan Rektor Universiti Bangkulu Dr. Ridhwan Nurazi di pejabatnya bersama kakitangan akademik. Dato Zainal Abidin Sakom mengetua rombongan YBK bersama Dato Prof Emeritus Sulaiman Md Yassin dan 7 orang rombongan YBK yang terdiri dari Lembaga Pengarah, Sukarelawan dan pegawai YBK

Dalam perbincangan tersebut Dato Zainal Abidin Hj Sakom memberi taklimat tentang peranan dan sumbangan YBK sebagai sebuah NGO di Malaysia dalam program pembangunan modal insan dalam usaha membantu kerajaan membasmi kemiskinan. Manakala Dato Prof Emeritus Sulaiman Md Yasin menyatakan usaha terbaru YBK menjalankan kajian kesejahteraan rakyat di Malaysia. Kajian ini bertujuan mengukur tahap kesejahteraan masyarakat di Malaysia dan mengetahui perkaitan di antara kemiskinan dan kesejahteraan hidup (well-being) maupun kegembiraan (happiness) masyarakat di Malaysia. Untuk tujuan tersebut YBK telah menyatakan hasrat untuk menjalankan kajian yang sama di Indonesia dengan memilih Bengkulu sebagai kajian kes bersama Universiti Bengkulu

Dr Ridhwan Nurazi dalam ucapannya merakamkan terima kasih dan bersetuju dengan tawaran YBK tersebut. Beliau berharap semuga hasil kajian akan memberi faedah kepada kedua-dua buah negara. Pada masa yang sama, beliau juga mengalu-alukan sebarang program YBK yang dapat membina upaya dan membantu dan menaik taraf masyarakat miskin di Bengkulu di masa depan.

Universitas Bangkulu sebuah universiti di Bengkulu yang ditubuhkan pada tahun 1982 memilikki 8 fakulti iaitu Perundangan, Pendidikan, Pertanian, Ekonomi, Kejuruteraan, Matematik & Sains, Perubatan dan Fakulti Sosial dan Politik. Universiti Bengkulu juga sering mengadakan kerjasama dengan universiti di Malaysia seperti Universiti Kebangsaan dan Universiti Malaysia Kelantan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;