ย 

Gesir Tengah, 10/7/2014 - YBK menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Asrama Kasih YBK Gesir bagi meraikan pelajar asrama dan penduduk sekitar. Majlis diadakan di perkarangan ASKA Gesir Tengah dan kendalikan bersama pengurusan Asrama Kasih YBK Gesir dan Akademi Kemahiran YBK Gesir. Ia merupakan majlis tahunan YBK.

Majlis dihadiri lebih 120 orang dari kalangan pelajar asrama Kasih YBK Gesir, pelatih Akademi Kemahiran YBK Gesir dan penduduk tempatan bermula jam 6.45 petangย  dengan bacaan tahlil yang diketuai oleh YBhg Dato' Hj Zainal Abidin Sakom. Selepas berbuka buasa peserta menunaikan solat Maghrib berjemaah dan makan. Hadirin juga berkesempatan menyempurnakan Solat Isyak dan Sunat Tarawikh berjemaah yang dipimpin oleh imam tempatan.

Selepas solat tarawikh, YBhg Dato Pengerusi juga memimpin majlisย  doa selamat khusus kepada Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Muhamad sempena hari kelahirannya yang ke 89 dan Pak Bukhari (warga emas yang sentiasa menyokong YBK) yang juga menyambut hari kelahiran yang ke 84. Majlis diakhiri dengan jamuan moreh yang disediakan

ย 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;