MEDAN (INDONESIA), 17 Julai 2014 -Ā AktivitiĀ Ramadhan YBK 2014 tidak ketinggalan diadakan di luar negara di mana YBK danĀ Masjid Raya Medan telah melaksanakan Program Ihya Ramadhan bersama penduduk tempatan. Signifikan program ini diadakan adalah sebagai manifestasi bahawa amal jariah Ramadhan itu tidak terbatas oleh ruang lingkup tempat dan waktu.

Aturcara bermula dengan ucapan Drs. Hj. Ulumuddin SirajĀ daripada Badan KenaziranĀ Masjid Raya Medan dan Tuan Hj Bing Selamat selaku ALPA YBK, disusuli dengan agihan 'nasi kotak' sebanyak 1000 pekĀ kepada masyarakat tempatan. Pek ini merangkumi hidangan lengkap karbohidrat, buah dan air mineral. Ini disusuli dengan majlis Iftar diikuti dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

Sesungguhnya amal jariah itu tidak mengira tempat dan diharapkan kehadiran YBK di Medan memberikan kegembiraan dan senyuman di wajah-wajah masyarakat tempatan dan membuktikan bahawa kita semua adalah bersaudara.

šŸŒ BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

šŸ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Ā 03 7875 0036
FAKS :Ā 03 7875 0719
E-MEL :Ā ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;