Hulu Selangor, 22/7/2014 - Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, YBK berkongsi kegembiraan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Dengan kerjasama ADUN Batang Kali YB Tuan Mat Nadzri Ahmad Dahlan, YBK telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama sama anak yatim dan asnaf Rumah Amal Al- Rahmaniah, Taman Keruing Rasa Hulu Selangor.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh En Abdul Rahim bin Yahya,wakil Rumah Amal Al-Rahmaniah dan diikuti ucapan oleh YB Tuan Mat Nadzri Ahmad Dahlan serta penyampaian sumbangan hari raya buat anak-anak rumah tersebut. Diharapkan dengan sumbangan tersebut dapat memberi keceriaan kepada mereka semua. 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;