- Hit: 1881
PEKAN, 24 Julai 2014 -Â YBK telah berbesar hati memberi sumbangan zakat kepada masyarakat di Pekan, Pahang. Zakat diserahkan melalui satu majlis yang dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak. YBK menyumbang sebanyak RM60,000 kepada insan yang kurang bernasib baik di dalam kawasan Pekan, Pahang.
YBK diwakili oleh Pengerusi, Dato' Zainal Abidin Hj Sakom, serta ALPA dan kakitangan. Semoga sumbangan ini mampu memberikan keceriaan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang.