ARA DAMANSARA, 25 Julai 2014 - YBK terus menyemarakkan amal jariah dengan menyumbang kepada NGO-NGO terpilih. Sumbangan ini adalah untuk bantuan pengurusan sebanyak RM2,000. Sebanyak 15 NGO telah dipilih sebagai penerima dan terdiri daripada pelbagai latar, antaranya Pusat Tahfiz, Persatuan Ibu Tunggal, Persatuan OKU dan seumpamanya.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi YBK, Dato' Zainal Abidin Sakom kepada wakil-wakil NGO yang berkenaan. Dalam ucapannya, Dato' Pengerusi melahirkan rasa gembira kerana YBK dapat membantu sedikit-sebanyak kepada NGO-NGO ini dan sumbangan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk melahirkan kerjasama pintar (smart partnership) yang melibatkan perkongsian kepakaran dan pengalaman.

Dalam jangka masa panjang, diharapkan sumbangan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh NGO yang berkenaan dan akan melahirkan sinergi kerjasama yang mantap bersama YBK di masa-masa akan datang.Β 

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

πŸ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

πŸ“ž TEL :Β +60 (3) 7875 0036
πŸ“  FAKS :Β +60 (3) 7875 0719
πŸ“§ E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;