Pontian, 25/7/2014 - YBK telah menyampaikan sumbangan wang hari raya kepada 200 keluarga miskin Parlimen Pontian. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh YB Datuk Ahmad Maslan selaku Ahli Parlimen Pontian juga merangkap Timbalan Menteri Kewangan.

Sumbangan tahunan ini merupakan kali ke ke 4 sejak tahun 2010 di mana YBK memperuntukkan sejumlah kewangan kepada golongan miskin dari kalangan ibu tunggal, anak yatim dan ketua isi rumah fakir bagi menampung keperluan hari raya. Dalam ucapan YB Datuk Ahmad Maslan, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada yayasan di atas sumbangan tersebut.

Tahun 2014 kali ini, majlis sumbangan dilaksanakan di Masjid Kg Teluk Sifat di mana seramai 101 orang fakir miskin dari kampung bersekitar mendapat sumbangan kewangan dan di Masjid Mukim Air Baloi di mana 99 orang keluarga fakir miskin menerima sumbangan. Encik Hamzah Jali Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK bersama pegawai YBK turur sama hadir dalam majlis ini

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;