Kuala Selangor - Pusat Latihan YBK, Kuala Selangor (PLYBK) merupakan destinasi terakhir dalam komuniti YBK yang menganjurkan majlis berbuka puasa. Objektif majlis ini adalah untuk mengeratkan tali persaudaraan didalam komuniti YBK. Majlis bermula pada jam 6.30 petang dengan program bacaan yasin, selawat serta zikir yang dijalankan oleh para pelajar PLYBK. Seterusnya acara berbuka, solat maghrib, isyak serta terawih berjemaah bersama pelajar serta alumnai PLYBK.

Majlis ini disertai oleh ALPA YBK, Ybhg Hj Bing Selamat Amir bagi mewakili Dato Pengerusi YBK. Hj Bing Selamat Amir turut diberi kesempatan untuk menyampaikan tazkirah selepas solat sunat terawih. Turut hadir En Zulhairy Jalaludin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK serta pihak pengurusan YBK dan PLYBK.

Terima kasih kepada PLYBK kerana sudi menganjurkan serta berjaya mengumpul pelajar serta alumnai pusat latihan bagi program berbuka ini. Insyaallah tahun hadapan kita berjumpa lagi. Β 

πŸ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

πŸ“ž TEL :Β +60 (3) 7875 0036
πŸ“  FAKS :Β +60 (3) 7875 0719
πŸ“§ E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;