SUBANG JAYA, 20 Ogos 2014 - Satu perjumpaan khas antara Pengasas YBK, YBhg Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib bersama Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, yang terdiri daripada YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, YBhg Prof. Emeritus Dato’ Dr. Sulaiman Md Yassin, YBhg Tuan Haji Bing Selamat Amir, YBhg Tuan Haji Hamzah Jali dan YBhg Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib serta warga kerja YBK telah diadakan di Empire Hotel, Subang Jaya.

Perjumpaan khas tersebut antara lain membincangkan hala tuju YBK yang bakal menyambut Jubli Perak pada 2015 nanti disamping suntikan semangat agar setiap warga kerja YBK lebih menghayati tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

YBhg Tan Sri mengingatkan setiap warga YBK menamkan iltizam menjayakan wawasan YBK bukan sahaja membantu kerajaan membasmi kemiskinan tetapi menyumbang ke arah membina negara bangsa yang memilikki jiwa besar. Beliau berharap produk yang dihasilkan melalui program modal insan YBK menerapkan pembinaan jatidiri seperti bangsa yang berjaya di dunia. Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengambi contoh bagaimana negara Turki semasa era kegemilangan Uthmaniah menjayakan pembinaan negara bangsa dengan generasi 'Young Turk', Jepun dengan budaya 'Keizan' yang berjaya menghasilkan pemimpin dan ahli teknokrat yang berjaya dan orang German yang kuat bekerja.  Tan Sri produk YBK memilkki jiwa merantau seperti orang Gujarat India yang berniuaga sambil berdakwah ke seluruh dunia. Tan Sri juga mahu YBK belajar dari intipati kata-kata hikmah oleh Prof. Dr. Hamka, “Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja dan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir”.

Sebagai NGO yang telah berpengalaman selama 24 tahun dalam membasmi kemiskinan, YBK perlu melahirkan individu yang mempunyai jiwa serta tidak hanya bergantung kepada bantuan semata-mata, mencontohi semangat ‘Kaizen’, iaitu peningkatan secara berterusan dan menjadikan YBK sebagai model terbaik dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;